Antara doa yg sering kita lakukan.. tetapi hilang kehadiran hati ialah doa semasa duduk antara dua sujud.
Sedangkan 8 perkara yg diminta ketika itu adalah 8 perkara yg paling penting dan diperlukan utk kehidupan dunia dan akhirat kita… Alangkah ruginya kita!
Doa Semasa Qa’adah (Duduk Antara Dua Sujud)
Imam Ibn Hajar al-Haitami (w.974H) dalam mensyarahkan kalam Imam al-Nawawi (w.676H):
قَائِلًا رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافَنِي لِلِاتِّبَاعِ فِي الْكُلِّ وَسَنَدُهُ صَحِيحٌ زَادَ فِي الْإِحْيَاءِ وَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “[Disunatkan dia membaca: Wahai Tuhanku, ampunkan dosaku, rahmati aku, bantulah kekuranganku, tinggikan darjatku, berikan rezeki kepadaku, berikan petunjuk kepada ku, afiatkanlah aku] kerana ittiba` (mengikut Sunnah Nabi) bagi setiap permohonan itu, dan sanadnya sahih, ditambah dalam (kitab) al-Ihya’: ampunkan aku.”
Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (2/77)
Saranan
- Setelah bangkit dr sujud pertama, duduk dgn tenang
- Jgn terus melafazkan doa tu. Tenang sejenak. Sbb tu tomakninah adalah rukun solat. Skrg, rasakan kita sdg ‘berhadapan’ dgn Allah.
- Baru kita mulakn berdoa. Dgn betul2 meminta dgn perasaan yg sgt bhajat kpd setiap 8 perkara tu.
Rabbighfirli = Ya Tuhanku, ampunkan aku
Warhamni = rahmatilah aku
Wajburni = cukupkan kekurangku
Warfa’ni = tinggikanlah darjatku
Warzuqni = berikn aku rezeki
Wahdini = hidayatilah aku
Wa ‘aafini = afiatkanlah aku
Wa’fu ‘anni = maafkanlah aku
- Barulah bgerak utk sujud kedua
Semoga Allah Taala mberikan kita taufik untuk mghayati setiap doa yg kita panjatkan ke hadrat Allah Taala.


