Wak Leh.

🌹ATOK SALLEH SUDAH TIADA🌹

Saya baru selesai melakukan editing kali pertama catatan tentang Atok Salleh, saya paparkan semula kisahnya buat tatapan pembaca.

🚦CATATAN HARI KEEMPAT BELAS : AHAD 13 DISEMBER 2020🚦

Malam ini kami baru menerima rakan baru, beliau juga merupakan pesakit covid 19 di wad 6A, namanya Atok Salleh, berasal dari Kg Parit Pulai Pt Sulong Batu Pahat Johor, warga emas yang sudah berusia 86 tahun ini hanya mampu berbaring di atas katil, semuanya diuruskan oleh nurse yang bertugas seperti makan minumnya, salin pakainya. Allahu Akbar, besarnya jasa pengorbanan seorang pegawai perubatan, bukan setakat merawat, tetapi turut menguruskan segala keperluan pesakit warga emas disamping kekadang menghiburkannya. Maklumlah sakit covid ni waris tidak dibenarkan menjaga waris, ziarah juga tidak dibenanarkan.

Dalam keuzuran Atok Salleh memiliki kelebihan yang sebahagian orang tidak miliki. Beliau memiliki ingatan yang kuat. Semua kisah dirinya diceritakan kepada kami, dari zaman jepun hinggalah Malaysia mencapai kemerdekaan. Dari zaman merdeka hinggalah kini. Kekadang terdengar beliau menggunakan bahasa jawa, mujur ramai dikalangan kami faham bahasa jawa, walaupun mungkin tidak boleh menuturkan.

Atok Salleh positif covid 19 beberapa hari yang lalu, dia di bawa ke hospital Kluang bersama anaknya. Pada mulanya beliau duduk satu wad dengan anaknya. Namun atas keperluan tertentu beliau dipindahkan wad dan tinggal bersama kami.

Sembang punya sembang, ramai kenalan beliau yang saya kenal. Banyak juga nama penduduk di kampung Parit Pulai yang Atok Salleh sebut turut saya kenali. Antaranya Hj Kholidi, Hj Badi, Hj Ghazali dan lain-lain sebahagiannya adalah saudara kami. Bila saya buat status di FB berkaitan kisah Atok Salleh ini, ramai yang like dan share posting saya. Ramai yang menghubungi saya secara personal termasuk keluarga Atok Salleh bagi mengetahui perkembangan semasa beliau. FB menjadi medan penyatuan ukhuwah.

Apabila waktu solat tiba, kami solat berjemaah bersama. Dalam keuzuran, beliau hanya mampu solat dalam keadaan berbaring. Atok Salleh hanya mengerakan tangannya tanda mengikut perbuatan imam, mengangkat tangan tanda mengaminkan doa yang di baca imam. Setiap kali saya hendak memulakan solat saya pesan pada Atok Salleh, atok, saiki arek solat luhur, patang rekaat yo, atok Salleh menganggukkan kepalanya tanda faham.

Atok Salleh juga berkemahiran menuturkan banyak Bahasa. Antaranya beliau boleh berbahasa Jepun, Bahasa Jawa, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, beliau boleh menyebut wazan sorof, فعل فعلا فعلوا dengan baik.
Moga Atok Salleh gembira bersama kami dan cepat sembuh hendaknya.

❤️Catatan tambahan❤️

Sejak saya meninggalkan wad 6A dan pulang dari Hospital Kluang saya terputus hubungan dengan Atok Salleh ini.

Namun sebentar tadi jam 11.45 pagi, 14 Januari 2021 saya mendapat pengkhabaran bahawa Atok Salleh telah meninggal dunia.

Moga Allah himpunkan Atok Salleh dikalangan hambanya yang beriman dan beramal soleh. Amin. Alfatihah

Assalamalaikum.

*Assallamualikum dan waalikumssaalam pada yg memberi salam*

*RENUNGAN BERSAMA*

❤️ *HATI* ❤️

Kenapa Banyak Berzikir Dan Beramal Tapi Membuat Dia Didampingi Syaitan.

Seorang murid bertanya kepada Gurunya (Imam Al Ghazali) :“ Syeikh, bukankah zikir boleh membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari jauh darinya ?”

“ Benar ,” Jawab Imam al-Ghazali .

“ Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir justeru malah semakin dekat dengan syaitan ?”  kata si Murid .

Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam ini pun bertutur .

“ Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan pelbagai makanan kesukaan anjing di sekitarnya ?”

“ Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir “, jawab sang Murid .

Imam al-Ghazali menjelaskan ,” Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan pelbagai penyakit-penyakit hati dalam dirinya.. .

Syaitan akan terus datang dan mendekati bahkan bersahabat dengannya. Penyakit-penyakit hati itu ialah :

1. Kesombongan
2. Irihati/panas baran
3. Hasad Dengki
4. Syirik
5. Bersikap/berkata kasar
6. Riya’
7. Merasa soleh/Takabur
8. Merasa Suci
9. Ghibah
10. Marah
11. Sum’ah
12. Ghurur
13. dan pelbagai penyakit hati lainnya

Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan senantiasa datang, mengakrabkan diri. Kemudian menjadi sahabat karibnya .

Ucapan Imam Malik ra, “Siapa yang bertasawuf tanpa berfiqih maka dia telah zindiq, dan siapa yang berfiqih tanpa tasawuf maka dia telah fasiq. Siapa yang memadukan keduanya, ia benar-benar mewujudkan kebenaran Islam sebagai mukmin (hakikah) .”

Asal usul Tasawuf adalah Maqam Al-Ihsan, yang ditafsirkan oleh Rasulullah saw, dengan sabdanya “Hendaknya engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatNya, maka apabila kamu tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Allah swt, melihatmu.”.

Astaghfirullah…

*SALAM TAHAJJUD*
*SALAM SUBUH*